PENAKUT!!!! "SORRY KHALID, SAYA TERPAKSA IKUT KETUM ANWAR JIKA TIDAK SAYA AKAN DIPECAT KEAHLIAN"

"Sorry Khalid saya terpaksa ikut Ketum Anwar Ibrahim, walaupun Ketum Anwar tidak membantu rakyat Selangor namun demi meneruskan karier saya dalam politik bersama PKR jika tidak saya pasti akan dipecat oleh Ketum Anwar Ibrahim".

Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail samada mahu bersama pentadbiran Tan Sri Khalid atau meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, jika beliau terus bersama Tan Sri Khalid Anwar Ibrahim akan memecat keahliannya dengan kadar segera.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor itu akhirnya akur dengan keputusan Ketum Anwar Ibrahim dan PKR kerana mahu kononnya mahu memelihara mandat dan menunaikan amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor

“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

“Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.

Sebelum ini, Rodziah dikekalkan dalam barisan exco pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor Adun Pelabuhan Klang itu mengumumkan pemecatan lima exco PKR dan DAP pada Selasa.

Rodziah menjelaskan, ketika Abdul Khalid memecat lima exco kerajaan Selangor itu, beliau berada di Bangkok menghadiri kursus politik mewakIli PKR.

Rodziah diberi tekanan yang teruk oleh pemimpin pakatan yang pro-Anwar apabila Tan Sri Khalid mengekalkannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana