Pemimpinan PR Mangkuk....UMNO Kuala Terengganu Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

UMNO Bahagian Kuala Terengganu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini berhubung tindakan biadab Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu dibuat oleh Ketuanya, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Selain laporan polis, Mohd Sabri bersama kira-kira 200 yang lain turut membuat bantahan aman mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung tuduhannya bahawa kerajaan terlibat dalam penetapan tarikh pendengaran rayuan kes sabitan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan Surendran itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan jelas menghina keputusan Mahkamah Rayuan.

“Pihak berkuasa perlu menyiasat kes itu dengan teliti dan mengambil tindakan tegas terhadap Surendran yang dianggap melampau kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan tidak berasas,” katanya kepada media.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian, Badrol Hisham Zaki.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana