Pemimpin PKR Desak Khalid Terima Keputusan Parti

PETALING JAYA 2 Ogos - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim didesak untuk menerima keputusan parti supaya berundur dari jawatan yang disandangnya dan memberi laluan kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk mengambil alih peranan di Selangor.

Kenyataan itu disuarakan pemimpin cabang PKR pro-Azizah yang mahu melihat politik dalaman parti berakhir dengan segera demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar baru.

"Kami ketua cabang dan ranting PKR  ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sebagai presiden parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan paling layak di kalangan Adun PKR di Selangor untuk menjadi menteri besar," kata Ketua Cabang PKR Subang, Sivarasah Rasiah.

Kenyataan itu turut disokong oleh Ketua Cabang Selayang William Leong, Ketua Cabang Klang Yew Boon Lye dan Ketua Cabang Kuala Langat David Cheong.

Sivarasah yang juga Ahli Parlimen Subang turut mempersoalkan tindakan Khalid yang masih bertegas untuk menjadi Menteri Besar yang disifatkannya menguntungkan musuh Pakatan Rakyat (PR).

"Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat (PR).

"Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor," katanya.

Empat pemimpin akar umbi PKR Selangor itu juga menggesa semua ahli PR termasuk dalam pimpinan kerajaan negeri untuk menyokong penuh keputusan yang ditetapkan dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai lalu.

‎"Kami menggesa agar semua anggota PR termasuklah Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat  iaitu untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor."

Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana