Peluang PAS hapus parasit politik dalam saf kepemimpinannya

Meskipun pembentukan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat berdasarkan persefahaman untuk menumbangkan seteru politik bersama – Barisan Nasional yang ditunjangi Umno – PAS sering bersikap sopan.

Sering ketidak-puasan-hatinya dileraikan dengan semangat mengutamakan perpaduan. Walaupun ada keputusan politik Pakatan Rakyat terasa pahit, ia ditelan juga demi mengukuhkan perpaduan gerakan itu.

Sampai satu peringkat Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi sasaran saman ahli biasa PKR kerana cuba menzahirkan rasa tidak setuju beliau terhadap pemilihan calon PKR dalam pilihan raya umum lalu.

PAS kini garang nyatakan buah pendapat

Kepimpinan PAS nampaknya kini lebih “terbuka dan jujur” untuk memberi isyarat ia bukan sebuah pergerakan politik yang mudah diperkotak-katikkan oleh anasir luar parti dengan menjaring “pengikut dalam kepimpinan PAS”.

Saf pertama yang menzahirkan kesungguhan ini ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan pendirian PAS Selangor bahawa ia tidak mahu Menteri Besar, Khalid Ibrahim, diganti.

Suara protesnya lebih tinggi apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, merangkap isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menggantikan Khalid.

Menganalisis pendekatan politik Anwar dan PKR ini, PAS menyatakan bahawa ia tidak ada masalah jika PKR mahu menukar Khalid. Itu masalah rumahtangga PKR.

Bagaimanapun PAS mahu diberi ruang untuk memikirkan semasak-masaknya sama ada mahu menerima Wan Azizah sebagai pengganti Khalid. Pendirian ini sudah dibayangkan sejak awal strategi Langkah Kajang diumumkan oleh PKR.

Yang menariknya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat Rabu lalu juga diterjah oleh gelagat DAP yang mengekori keputusan PAS itu. Walhal awal minggu ini ia telahpun memutuskan bahawa ia bersetuju langkah PKR menggantikan Khalid.

Yang penting DAP juga memutuskan bahawa ia boleh menerima siapa sahaja yang disyorkan oleh PKR – Wan Azizah atau Timbalan Presiden, Azmin Ali – mengganti Khalid.

Nampaknya, dalam mesyuarat pertengahan minggu itu, DAP juga “diserap” semangat Ramadan PAS dan “meminda” keputusannya itu dan mahu lebih banyak masa memikirkan semula mahu menerima Wan Azizah atau tidak.

Sikap PAS dan DAP yang tidak sehaluan dengan Anwar luar biasa

Bukan satu kebiasaan bagi pemimpin-pemimpin PAS dan DAP “mencabar” pemikiran politik Anwar Ibrahim. Bekas Timbalan Perdana itu adalah pemangkin dan pengikat “silaturahim politik” di antara PAS dan DAP.

Sebelum ini, PAS melihat corak, pemikiran dan semangat politik DAP sebagai sesuatu yang hampir boleh diistilahkan sebagai “haram” didekati, apa tah lagi bekerjasama.

Namun kemunculan semula Anwar ke medan politik selepas 2004 sebagai “seteru politik baru” Umno, meyakinkan PAS bahawa adalah bijaksana jika ia menerima syor Anwar supaya bekerjasama dengan DAP.

Begitu juga dengan DAP. Penjenamaan semula Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai motif jelas untuk menumbangkan Umno memercikkan sinar baru bahawa itu boleh membantu memadamkan imej “parti Cina”nya.

Melalui pimpinan Anwar yang “arif selok belok” politik Umno, DAP, PAS dan PKR meruntuhkan ego Umno-BN dalam pilihanraya umum pada Mac 2008. Lima negeri ditawan pakatan itu dan BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Natijah kejayaan itu, Anwar dilihat sebagai “dewa politik baru” yang mampu mendekatkan PAS dengan DAP.

Apabila Anwar mengumumkan isterinya, Wan Azizah, meletakkan jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan beliau mengambil alih kedudukannya dalam pilihan raya kecil, magis politik Anwar terukir jelas dalam pemikiran pemimpin PAS dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana