PAS 'tunjuk belang'...13 ADUN Selangor tak tandatangan surat sokong Wan Azizah MB

Harap punya harap namun tak kesampaian.PKR tentu frust dengan game PAS ini.
Setakat ini hanya 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dikatakan sudah tandatangani surat akuan sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan Menteri Besar.

Mereka ialah 15 ADUN DAP,13 PKR dan 2 ADUN PAS yang 'korner baring' sokong Wan Azizah tempoh hari iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Namun 13 ADUN PAS lain belum lagi tandatangan surat yang dikatakan diminta oleh PKR itu sebagai bukti sokongan solid untuk Wan Azizah.

Jawatankuasa Pusat PAS mengadakan mesyuarat di ibupejabat PAS tengahari Isnin.Ikut laporan soal surat akuan itu mungkin akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Namun pada sidang akhbar ringkas selepas mesyuarat itu,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali kata soal surat akuan sokongan pada Wan Azizah itu tidak berbangkit.

Katanya PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor untuk memilih siapa Menteri Besar.

Ini jelas bermakna 13 ADUN PAS Selangor itu tidak akan tandatangan surat akaun sokongan pada Wan Azizah.

Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos memutuskan untuk tambah nama Azmin Ali selain Wan Azizah untuk ganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat pada petang itu memutuskan hanya nama Wan Azizah akan dipersembahkan kepada Sultan.

Al-kisahnya PAS mengambil pendirian tak layan soal surat akaun yang dikatakan diminta PKR itu kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pendirian PAS ini dikatakan konsisten pendirian asal yang 'tak setuju' Wan Azizah dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar.

PAS dikatakan akhirnya setuju nama Wan Azizah yang disertakan dengan nama Azmin sebagai diplomasi saja.

Kata orang ibarat sekilas air...sudah tahu jantan betina....maka tidak perlu selak lebih jauh pendirian PAS dalam isu ini

Pimpinan PKR yang tentunya cukup arif pasal sepak terajang politik sendiri boleh baca apa yang tersurat dan tersirat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana