PAS Terengganu Bidas PKR : 'Jangan Jadikan Kami Kambing Hitam'

KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

"Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

"Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur semalam, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana