PAS Mungkin Pecat Keahlian Dua ADUN 'Belot'

JOHOR BAHRU 26 Ogos - Tindakan sewajarnya patut dikenakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan pucuk pimpinan dalam memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak menolak tindakan pemecatan akan dibuat terhadap kedua-dua wakil rakyat berkenaan iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin namun perkara tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas.

"Dalam kita berorganisasi, apabila pemimpin terbabit terlalu lantang dan bertindak mendahului pucuk pemimpin, ini menunjukkan mereka tidak patuh dengan disiplin parti.

"Maka dalam hal ini Saari dan Hasnul memang wajar dikenakan tindakan termasuk dipecat. Apa pun kita tunggu jawatankuasa disiplin parti untuk melakukan yang terbaik kepada kedua-dua mereka," katanya ketika di sini, semalam.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan pendirian mereka yang menyokong keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim dengan Wan Azizah walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Mahfodz berkata, hukuman yang bakal dikenakan terhadap kedua-dua ADUN Pas Selangor itu diharap menjadi pengajaran dan peringatan kepada pemimpin-pemimpin lain dalam parti itu agar tidak mendahului pucuk pimpinan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana