PAS jauhkan diri dari kenyataan biadap Khalid Samad

Berikutan kenyataan biadap oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menimbulkan kemarahan orang ramai pada Khamis, PAS dilihat cuba menjarakkan parti itu dari kenyataan MP sendiri dengan mengatakan kenyataan pemimpin mereka itu tidak menggambarkan pendirian PAS.
Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau.

Harakahdaily melaporkan Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana