PAS Gelabah!!!!!! Surat palsu: PAS belum bermesyuarat keluar Pakatan... - Mustapha Ali

Zaman serba maju ini jika tidak hati-hati... memang boleh kena tipu hidup-hidup... al kisah sejak pagi Sabtu tersebar kononnya kenyataan media PAS yang mendakwa mereka keluar Pakatan Rakyat.
Sekali tengok kenyataan media yang tersebar itu nampak macam real... namun empunya badan yang kononnya menandatangani surat itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikannya.

Dakwaan itu yang disebarkan di laman sosial antara lain mendakwa Mesyuarat AJK PAS telah memutuskan keluar daripada pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.

?"Mana ada PAS adakan mesyuarat malam tadi, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang itu," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, surat layang itu yang menggunakan kepala surat rasmi Pas dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung, Datuk Mustapha Ali adalah permainan jahat pihak tertentu untuk terus memecahbelahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.

"Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun pakatan pembangkang sendiri.

Surat palsu itu bertarikh 1 Ogos 2014 mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pakatan pembangkang kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.

?Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat PAS. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya.

PAS kini berdepan desakan golongan agamawan dalam parti Islam itu untuk mengkaji semula strategi mereka mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP.

Ini berikutan beberapa tindakan pakatan pembangkang itu yang menguris perasaan orang Islam terutamanya dalam kes bible, kalimah Allah, isu ikut telunjuk DAP dan beberapa lagi.

PAS akan bermesyuarat 10 Ogos ini difahamkan antara agendanya adalah menentukan halatuju baru parti tersebut, samada kekal bersama pakatan atau sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana