PAS berdepan konflik dalaman?

Pendirian Hadi meninggalkan banyak tanda tanya. Adakah ini membayangkan PAS sendiri kini menghadapi konflik dalaman? Kini Timbalannya sendiri, Mat Sabu menyifatkan pandangan Hadi tidak mewakili pendirian PAS.

Perwakilan PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden bukan calang-calang pemimpin. Selain Mat Sabu PAS diwakili Datuk Mustapha Ali (Setiausaha Agung), dua Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa; Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda dan Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Lantas walaupun Hadi sendiri tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan, beliau tentu boleh memberi arahan supaya PAS menolak sahaja syor PKR itu dari mula.

Sikap DAP juga pelik. Dalam mesyuarat itu ia mengambil pendirian yang sama dengan PAS mahu diberi masa menimbangkan sama ada mahu menyokong Wan Azizah menjadi Menteri Besar atau tidak.

Walhal awal minggu ini pimpinan DAP juga sudah bermesyuarat dan memutuskan menyokong idea menukar Menteri Besar dan bersedia pula menerima siapa sahaja disyorkan oleh PKR – tidak kira Azmin Ali ataupun Wan Azizah.

Persoalannya kini adakah di mata PAS dan DAP isu mahu menukar Menteri Besar Selangor ini sesuatu yang “tidak sihat” dan lantas cuba “melengah-lengahkan” keputusan muktamad dicapai?

Sama ada ini satu masalah dalaman PAS di antara Hadi dan Anwarinas (penyokong Anwar Ibrahim) dalam barisan kepimpinan parti itu hanya akan diketahui 10 Ogos depan apabila PAS Pusat bermesyuarat mahu menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar atau tidak.

Bagaimanapun PKR tegas dalam isu ini. Ia mahu keputusan mesyuarat Majlis Presiden di mana PAS dan DAP sudah memberi komitmen menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak PKR.

“Oleh yang demikian, KEADILAN akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana