PAS Akhirnya Melutut Pada Anwar - Tok Him

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Tindakan Pas Pusat mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan parti itu akhirnya melutut mengikut arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Pas itu sebenarnya hanya mahu menutup aib mereka dengan memberi alasan Abdul Khalid telah dipecat sebagai ahli PKR.

"Pas hanya menggunakan alasan ini dan mengatakan mereka tidak melanggar pendirian Majlis Syura Ulama, walhal sebenarnya tindakan mereka seperti cuba mempersendakan umat Islam.

"Malahan, dalam percaturan krisis Menteri Besar Selangor ini memperlihatkan Anwar boleh memintas kedangkalan pemimpin Pas manakala DAP pula berjaya menggunakan Anwar demi kepentingan politik masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana