"Parti luar tidak perlu pandai-pandai hendak kritik.." -Ulama PAS

PKR dan DAP diingatkan tidak sesekali mencampuri sebarang urusan dalaman PAS lebih-lebih lagi melibatkan perbincangan tertutup pemimpin parti itu.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, parti itu juga tidak akan sama sekali berasa terkongkong atau mengikut telunjuk mana-mana pemimpin pembangkang dari luar parti.

Sehubungan itu, beliau mendesak pemimpin pembangkang seperti Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua tidak lagi mengganggu 'privasi' PAS.

"Parti luar tidak perlu pandai-pandai hendak kritik, itu perkara dalaman parti yang sepatutnya mereka tidak campur kecuali Pas ada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada masyarakat umum.

"Kalau melibatkan perbincangan atau mesyuarat kecil dalam WhatsApp AJK PAS Pusat, apa hak mereka hendak melenting? Itu pun disalahertikan. Kalau perbincangan dalaman Pas, biarlah kekal dalam Pas sahaja," katanya.

Utusan melaporkan Mahfodz mengulas tindakan Rafizi yang meminta supaya tindakan disiplin diambil ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati pakatan pembangkang.

Selain itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan Mohd. Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

Menurut Siew Fook, cadangan untuk membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang memberikan mandat kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Siew Fook meminta pemimpin PAS pusat mengambil satu pendirian tegas tentang cadangan Mohd. Zuhdi dan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas pengarah operasi tersebut untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan penyokong pakatan pembangkang di seluruh negara terhadap parti berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya berhubung manfaat yang bakal diperoleh PAS sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang, Mahfodz berkata, adalah tidak adil baginya untuk berimaginasi ketika ini.

Apa yang penting jelasnya, Pas akan meneruskan perjuangan politiknya di negara ini tanpa rasa terkongkong dengan anasir-anasir luar yang mempunyai agenda merosakkan imej parti.

"Isu Menteri Besar Selangor juga akan dibincangkan melalui sistem sedia ada, tiada polemik signifikan yang bakal berbangkit dalam isu ini," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana