Panass!!! Khalid bayangkan Selangor 'hancur' selepas pemimpin baru ambil alih

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memetik hadis untuk membayangkan bahawa Selangor bakal 'hancur' jika diserahkan kepada pemimpin tidak amanah bagi menggantikan beliau.

“Di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran," kata Khalid di sebuah seminar integriti anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

"Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran," kata beliau memetik hadis Rasullah yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Khalid menyifatkan dirinya sebagai pemimpin 'berintegriti' yang terpaksa membayar harga mahal untuk mempertahankan kewibawaannya itu.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan (kemelut) ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Beliau turut memohon maaf kepada penduduk negeri itu kerana diheret dalam pergolakan PKR yang memecatnya minggu lalu, sekali gus mencetuskan krisis kepimpinan di Selangor.
"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan (media) kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik. Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

Sultan Selangor  akan berangkat kembali ke tanah air pada 27 Ogos untuk mempertimbangkan permohonan Pakatan Rakyat menggantikan Khalid dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.

Khalid memegang jawatan itu sejak tahun 2008 namun kini dituduh oleh PKR sebagai tidak lagi berwibawa kerana dikatakan terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan.

Khalid menafikan segala tuduhan itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR diatas dakwaan berkenaan.

Bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin sebelum ini mendakwa pelbagai pihak mahu menjatuhkan Khalid kerana mengintai rizab RM3 bilion kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana