Niat nak percuma akhirnya disaman

SABAK BERNAM – Keseronokan pelajar  memperoleh topi keledar percuma daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akhirnya memakan diri apabila mereka disaman Bahagian Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam  atas dua kesalahan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, sebanyak 18 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan tidak memakai topi keledar.

Sebelum ditahan, pelajar terbabit dipercayai memberhentikan motosikal untuk mendapatkan topi keledar percuma, tanpa menyedari kempen itu turut disertai pegawai dan anggota polis trafik.

“Kesemua mereka yang ditahan itu berumur antara 13 hingga 17 tahun dan masih memakai uniform sekolah di Jalan Sekolah Pasir Panjang, Sekinchan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kempen keselamatan jalan raya anjuran JKJR Selangor dengan kerjasama Polis Trafik IPD Sabak Bernam itu diadakan kira-kira jam 1 tengah hari.

“Polis memandang serius kesalahan pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak mengutamakan keselamatan seperti memakai topi keledar untuk pergi dan pulang ke sekolah,” katanya.

Noor Mushar berkata, polis mengingatkan ibu bapa pelajar supaya memastikan anak-anak mereka yang menunggang motosikal ke sekolah memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan mereka disaman.

“Menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu kesalahan dari segi undang-undang. Sebelum beri kebenaran anak-anak menunggang motosikal, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memiliki lesen memandu,” katanya.

Menurutnya, polis akan terus menjalankan operasi berterusan melibatkan pelajar sekolah agar mereka mematuhi peraturan jalan raya sekali gus menjadikan mereka pemandu berhemah pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana