Naib Presiden baharu PKR cabar ahlinya keluar parti...Tunggu Apa Lagi?


SHAH ALAM: Naib Presiden PKR yang baharu, Rafizi Ramli hari ini mencabar ahlinya supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.

Malah, Rafizi Ramli mengingatkan, mana-mana ahli yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu menteri besar Selangor sama seperti bersekongkol dengan BN.

"BN salahkan Anwar satu perkara biasa. Tapi jika kita (ahli paarti PKR) menyalahkan Anwar, cari parti lainlah. Menyalahkan Anwar sama seperti anda bersekongkol dengan Umno-BN yang menyerang parti. Nak kritik boleh, tapi biar kena dengan adab," katanya melalui ucapan penggulungan di hari terakhir Kongres Nasional PKR kali ke-10 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini.

Awal Ogos lalu, PKR bertindak memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Malah, ia diikuti dengan beberapa lagi pemecatan ahlinya ekoran bertindak menyatakan sokongan terhadap kepimpinan menteri besar dua penggal itu.

Dalam ucapan penggulungan itu juga Rafizi turut menangkis dakwaan bahawa PKR sebuah parti keluarga.

Selain itu, beliau juga turut membidas ahli parti itu serta meminta mana-mana pihak yang tidak senang dengan dakwaan itu supaya bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Katanya, ini kerana isu nepotisme tidak timbul memandangkan kesemua pemimpin parti dipilih secara demokrasi pada pemilihan yang berlangsung.

"Jika kita rasa nepotisme itu teruk dan merosakkan parti, kita ada jalan keluar, iaitu cabar mereka bertanding di dalam pemilihan parti. Sedangkan mereka dipilih melalui demokratik dalam parti, dan dengan itu jangan persoal hal nepotisme.

"Kalau kita yakin bahawa perjuangan dibawa Anwar melawan rasuah dan Umno itu betul, jadi mengapa sekarang kita mengkritik mereka hanya kerana menyokong perjuangan yang betul?," tegasnya.

Menyentuh soal krisis parti mengenai usaha memartabatkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu, Rafizi sekali lagi memberi amaran supaya Khalid berundur secara terhormat dan tidak berterusan meraih sokongan pihak istana.

Mengakui tidak mendapat sokongan penuh pimpinan parti kerana ia satu keputusan yang sukar, namun Rafizi menggesa ahli-ahli parti terus bersatu untuk memperbetulkan huru-hara yang berpanjangan sejak lapan bulan lalu.

"Esok dikhabarkan Khalid akan memohon untuk mengadap Sultan Selangor. Ada kemungkinan dan ura-ura kita dengar beliau akan mempersembahkan cadangan untuk membubarkan DUN.

"Saya hendak ingatkan Khalid, sebaik-baiknya uruskan peralihan ini dengan menghormati suara rakyat. Jangan berani nak sabotaj rakyat untuk bubar DUN.

"Yang sudah tu, sudahlah. Hutang sudah habis bayar, maka bersaralah dengan baik," kata Rafizi.

PAS akan bermesyuarat esok pagi untuk membincangkan persetujuan 13 ADUN PAS Selangor sama ada akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana