Meneroka kreativiti jadi alasan bergambar pengantin separuh bogel

Cerita ini memang menyakitkan hati... konon motif ambil gambar ala-ala pengantin separuh bogel tengah-tengah jalan di Ipoh Perak pagi Isnin sebagai lambang kreatif.
Menurut TheStar yang menghubungi pengurus sesi fotografi tersebut diadakan oleh dua model sebagai 'meneroka kreativiti' dan tidak menjangka reaksi negetif dari masyarakat.

Jika fikir logik akal, apa kreatif yang dia hendak teroka dengan berjalan pakai coli dan seluar dalam putih tengah jalan???

Sehingga kejadian tersebut cepat mengundang reaksi daripada orang awam selepas gambar dan video pasangan tersebut jadi viral di laman sosial.

Rata-rata pengguna di laman sosial samda facebook mahupun twitter marah dan mengecam tindakan pasangan pelik itu.

Selain pasangan itu, terdapat empat kru yang sedang memegang kamera untuk melakukan sesi fotografi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna putih dan berkain layah manakala pasangan lelaki hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.

Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna Facebook dipercayai diambil Jalan Sultan Yussuf di hadapan laluan zebra sebuah bank berhampiran padang Ipoh.

Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.

"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, rakaman sesi fotografi itu dipercayai berlangsung kira-kira 10 minit.

"Ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian tidak senonoh," katanya.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap model pasangan pengantin terlampau yang berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai.

Penasihat Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali berkata, kejadian itu berlaku di jalan awam sedangkan bidang kuasa MBI hanya di taman-taman awam.

"Jalan, tepi jalan, tidak ada undang-undang kecil mengenainya, hanya untuk taman, berkelakuan tidak senonoh.

"Jalan-jalan, saya fikir di bawah bidang kuasa pihak polis, MBI ada kuasa di taman-taman sahaja," katanya dipetik dari portal Peraknews.com

Syahrul berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengambil rakaman gambar itu kerana ia tidak memerlukan permit

"Untuk tujuan bergambar itu pun, kami tidak tahu kerana mereka tidak meminta permohonan, kita tidak control.

"Rakaman gambar selalunya tidak memerlukan permohonan, tidak perlu permit," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana