MB Selangor: Cara Mat Sabu cakap macam PAS sudah buat keputusan

Ramai yang ternanti-nanti apa hasil Mesyuarat PAS Pusat pada Ahad. Tapi baca berita dari organ rasmi PAS iaitu harakahdaily.net. malam Sabtu... ada sikit janggal.
Ini kerana kenyataan orang nombor dua dalam PAS, timbalan presiden, Mohamad Sabu, jika diperhalusi... macam sudah ada keputusan.

Umum tahu Mat Sabu akhir-akhir ini cenderung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu individu wajib 'dibelasah' dalam siri ceramahnya sebelum Anwar dipecat pada 1998.

Tapi jika baca dengan teliti makna yang tersirat di sebalik berita tersebut, indikasinya adalah PAS minta PKR nama lain selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ada cakap-cakap yang tersebar dikalangan kawan-kawan repoter... Mat Sabu prefer Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ganti Wan Azizah.

Katanya, Azmin calon kompromi antara PAS dan PKR. Namun sejauh mana kebenarannya sukar dibuktikan.

Sehingga kini AJK PAS Pusat yang kedepan bela Wan Azizah cuma dua orang,  Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad melalui twitter dan Mujahid Yusuf Rawa melalui tulisan di Malaysiakini.

Lain-lain ambik sikap tunggu dan lihat. Beberapa hulubalang PAS yang selama ini dilihat pro Anwar, macam Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar, senyap sunyi.

Naib Presiden PAS paling kanan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sokong apa saja kata Presiden dan Musyidul Am PAS.

Salahuddin Ayub, nampak pro Pakatan dalam isu ini dan tidak mengatakan sikap secara jelas mengenai apakah terima Wan Azizah atau tidak.

Manakala Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (nyaris kalah dengan Mahfuz) pulak ambik sikap salahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya memperalatkan PAS.

Mungkin beliau lupa, Abdul Khalid hanya 'hujung tombak' saja... yang pegang tombak itu adalah keputusan Majlis Syura PAS 7 Ogos lalu yang jelas mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Sementara lain-lain dalam AJK PAS Pusat dipercayai akan 'ikut jemaah', dipercayai yang lantang macam MP Sepang Mohd Hanipa Maidin pun, selepas PAS buat keputusan, dia akan ikut.

Pada Ahad, mesyuarat PAS itu dijadulkan di Ibu Pejabat PAS Jalan Tuanku Abdul Rahman KL jam 10.00 pagi.

Selain perhimpunan sokong Presiden yang 'didalangi' Dewan Ulamak dijadulkan jam 8.00 pagi... dipercayai mesyuarat tersebut akan tamat sekitar jam 1.00 petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana