Lompat parti: Anwar enggan dedah nama ahli Parlimen BN

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan senarai nama anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan berhasrat untuk menyertai parti pembangkang berhubung pembentukan kerajaan baharu pada 16 September, 2008.

Ketika beberapa kali diminta oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semasa pemeriksaan balas supaya mendedahkan nama anggota Parlimen BN itu, Anwar mengulangi pendirian tidak mahu mendedahkannya.

Anwar, satu-satunya saksi dalam kes itu, bagaimanapun berkata senarai nama akan lebih jelas jika parti mengemukakan undi tidak percaya semasa sidang Parlimen tetapi tidak melalui prosiding mahkamah.
"Ia tidak beretika untuk saya berbuat demikian (mengemukakan senarai nama). Sukar bagi saya untuk mengemukakannya," kata Anwar apabila beberapa kali diminta Muhammad Shafee untuk berbuat demikian, pada hari kedua perbicaraan kes saman beliau terhadap Anifah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Muhammad Shafee: "Boleh Datuk Seri kemukakan senarai nama 40 anggota Parlimen yang dikatakan berhasrat untuk melompat parti. Adakah kamu mempunyai nama mereka?
Anwar: Tidak, Saya tidak mempunyai senarai nama mereka.

Muhammad Shafee: Adakah kamu mempunyai nama 40 anggota Parlimen itu?
Anwar: Saya tidak pernah kata bahawa mereka ialah 40 orang. Ia mustahil untuk mengemukakannya.
Pada ketika ini, Anwar mempersoal kenapa peguam itu amat berminat untuk mendapatkan nama mereka dan Muhammad Shafee menjawab bahawa ia bertujuan untuk menguji kredibiliti cerita berhubung tindakan melompat parti.

Berhubung satu cadangan oleh Muhammad Shafee, Anwar menafikan yang beliau menggunakan senarai nama itu sebagai strategi bagi anggota Parlimen BN untuk melompat parti tetapi beliau bersetuju dengan peguam itu bahawa beliau memberi galakan untuk anggota Parlimen itu menyertai PKR.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia dengan mendakwa kenyataan menteri luar itu pada satu sidang akhbar di Washington, apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton juga hadir, mencemarkan imejnya.
Anwar mendakwa kenyataan Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau jawatan lain dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Jumaat. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana