Lima cara tamatnya khidmat Abdul Khalid sebagai MB Selangor

Sekarang sah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat oleh parti yang diwakilinya sendiri PKR. Namun berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor tidak terjejas.
Ini kerana MB dilantik dengan majoriti sokongan ADUN dalam Dewan Undangan Negeri, kerana itu sungguhpun Abdul Khalid ADUN bebas kini, beliau tetap MB.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengalami situasi yang sama pada tahun 1988. UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN dibatalkan pendaftarannya

keputusan oleh Mahkamah Tinggi.

Namun kedudukan Dr Mahathir sebagai PM tidak terjejas berikutan beliau masih memegang majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dalam keadaan sekarang, ini lima langkah untuk tamatkan khidmat Abdul Khalid sebagai MB Selangor berdasarkan pandangan Pakar Perlembagaan yang juga penasihat undang-

undang UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. Ia berdasarkan wawancara Dr Shad dengan BH hari ini dan diolah semula oleh wartawan Agendadaily.

PERTAMA

MB yang sudah dilantik Sultan Selangor meletak jawatan dengan sukarela.

Dalam kes Abdul Khalid, beliau bertegas untuk terus menjadi MB Selangor yang dipegangnya sejak 13 April 2008, ketika pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP menang lebih banyak kerusi dari BN dalam PRU ke 12. Abdul Khalid kemudiannya sekali lagi dilantik jadi MB Selangor selepas PRU13 dengan sokongan parti-parti PKR, PAS dan DAP untuk memerintah Selangor bagi penggal kedua.

KEDUA

Pemecatan daripada parti.

Dalam situasi ini, PKR mesti membuktikan bahawa semua sokongan ADUN PKR dan DAP dan PAS telah menarik sokongan daripada beliau. Namun sehingga kini difahamkan Abdul Khalid masih mempunyai majoriti sokongan dan PKR tidak dapat membuktikan sebaliknya.

KETIGA

Kekalahan dalam perhimpunan.

Dalam  bahasa mudahnya, disingkirkan melalui undi tidak percaya dalam ketika persidangan DUN Selangor. DUN Selangor dijadualkan bersidang pada September ini dan jika mahu adakah sidang DUN khas, ia perlukan MB menasihati Sultan untuk memanggil sidang khas. Ia merupakan kuasa MB bukan speaker apatah lagi kepimpinan PKR.

KEEMPAT

MB dipecat oleh sultan.

Ini berdasarkan budi bicara Sultan biasanya selepas mendapati MB tidak lagi memegang majoriti sokongan tetapi masih ingin terus berkuasa. Contohnya kes di Perak pada 2009, selepas Datuk Seri Nizar Jamaluddin hilang sokongan DUN dan Sultan Perak ketika itu memilih Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai MB baru berdasarkan sokongan majoriti yang diperolehinya.

KELIMA

MB hilang kelayakan kerana sabitan melakukan jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana