Lim Kit Siang Sudah Kecut Perut Krisis Di Selangor....Takut Hilang Kuasa?

PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa semua 43 wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan pendirian mereka mengenai krisis semasa Menteri Besar Selangor.
Dalam 'posting' ringkas di blog beliau berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) Selangor akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus berkhidmat sebagai menteri besar jika undi tidak percaya dilaksanakan, Lim berkata adalah satu keadaan yang 'mendesak dan penting' untuk semua wakil Pakatan negeri menyatakan pendirian mereka.

"Masa adalah sangat kritikal ekoran perkembangan pantas keadaan politik di Selangor dan negara ini, dan semua proses membuat keputusan politik tiada lagi pilihan melainkan ia perlu dipercepatkan supaya Pakatan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai tidak berupaya untuk bertindak balas terhadap perubahan politik yang berlaku secara pantas," katanya.

Barisan Nasional pada Isnin berkata akan memberi sokongan kepada Khalid jika usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu pada hari Isnin, selepas bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khalid berkata beliau akan kekal sebagai menteri besar dan mana-mana Exco yang enggan bekerja dengannya boleh meletakkan jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana