Lim Kit Siang Anggap Pas Parti Yang Tidak Bermaruah dan Jijik

Lim Kit Siang Memberi amaran kepada Pas jangan cuba-cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sertai Pas kerana menurutnya perbuatan itu dilihat seperti tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS", kata Lim

Penasihat parti DAP dan Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan Pas sudah tidak diterima lagi dalam pakatan kerana menimbang cadangan hina itu," katanya.

Lim bagaimanapun sedikit lega apabila beberapa pemimpin Pas menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan pakatan walaupun Presiden Pas Haji Hadi Awang belum memutuskan tentang itu.

DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik, kata Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana