Legoland Jawab Teguran Nora Danish Isu Terperangkap Dalam Lif

JOHOR BAHARU:  Legoland Malaysia Resort akan menyiasat dengan teliti kejadian kakak dan rakan pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish yang terperangkap di dalam salah sebuah lif di Hotel Legoland pada Ahad.

Pengurus Perhubungan Awamnya, Deviga Doreraja berkata, pihak pengurusan hotel menyedari kejadian yang menimpa kawan dan kakak pelakon itu.

“Kami menghadapi masalah mekanikal dengan satu daripada lif di hotel itu malam tadi dan kami sekali lagi memohon maaf kepada keluarga yang terlibat dalam insiden itu.
“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk memastikan insiden ini disiasat dengan rapi. Kami kini di peringkat awal proses itu dan akan mengemaskinikannya sebaik sahaja kami melengkapkan siasatan, ” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata pengarah hotel itu berada di lokasi kejadian untuk membantu keluarga itu kerana keselamatan kesemua tetamu adalah keutamaan pusat peranginan berkenaan.

Dalam pada itu Nora dalam posting menerusi Instagram miliknya berkata insiden itu melibatkan kakaknya Nadia, kawan rapatnya Zarema Zainal yang merupakan isteri kepada pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan seorang pengawal peribadi.Katanya, mereka terperangkap dalam lift hotel berkenaan kira-kira sejam tetapi dalam masa setengah jam tiada bantuan yang diberikan.

Sementara itu dalam posting terbahrau pada Isnin Nora turut meminta agar orang ramai tidak salah faham mengenai kejadian itu kerana mereka sebenarnya gembira menikmati permaninan di taman tema Legoland tetapi kecewa dengan perkhdimatan hotel berkenaan.

“Cukuplah… pihak kami rasa amat berdukacita dengan service hotel berkenaan,” katanya.

Mstar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana