Krisis PKR mengheret perpecahan dalam PAS.

Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Anuar Ibrahim untuk menerajui Kerajaan Selangor dan seterusnya ke Putrajaya gagal setelah dia didapati bersalah atas tuduhan meliwat dan sedang menunggu dipenjarakan.

Calon gantinya Wan Azizah tidak mendapat laluan mudah sebagaimana yang diharapkan. Perbagai desakan dan pendekatan digunapakai Anuar untuk memujuk Khalid Ibrahim melepaskan jawatan namun gagal.

Perbalahan dikalangan pemimpin2 PKR bukan sahaja melemah serta menghuruharakan PKR sendiri tetapi kini melarat kepada rakan tahalol siyasi mereka PAS.

Kalid Ibrahim mendapat sokongan penuh Presiden Pas dan Tuan Guru Nik Ajis serta Majlis Syura Pas. Namun Kumpulan pro-Erdogan yang selama ini dilihat pro Anwar Ibrahim telah mencetuskan perbezaan pendapat dalam PAS apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa pihak daripada kumpulan yang sama, secara terbuka menyokongn Anuar Ibrahim dan mengesa Kalid melepaskan jawatan untuk Wan Azlzah.

Sehinggakan ada pemimpin2 Pas sanggup menghamburkan kata kesat dan luahan emosional mengenai krisis itu dikalangan2 mereka. Malah ada yang mengugut untuk mengusulkan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Semua itu mengundang reaksi kesal Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman terhadap tindakan yang menurutnya "cukup buruk dan jelek" ketika masing-masing berhujah mengenai isu MB Selangor, sedangkan krisis itu dimulakan oleh PKR sendiri.

Ironinya DAP dari mula lagi menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru kerana tidak mendapat kerjasama Kalid Ibrahim sepenuhnya dalam beberapa isu kepentingan mereka. DAP kini sedang berdiam diri dan melihat perpecahan Melayu dikalangan PKR dan PAS.

Walau siapa pun yang terpilih sebagai MB Selangor, DAPig juga yang menang kerana telah berjaya memerangkap serta memporak perandakan kedua2 pati Melayu.

Seperti biasa, Anuar Ibrahim juga yang benar2 bijak kerana berjaya manipulasi rakyat setiap kali kesnya akan dibicarakan di mahkamah. Seandainya Wan Azizah pula berjaya menjadi MB Selanggor, bonus buat Anuar and Family.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana