Krisis PKR: Khalid Ibrahim menolak tunduk... lawan tetap lawan

Nampaknya tak ada kesudahan krisis dalam PKR ini dalam masa terdekat... semua tanda-tanda memperlihatkan penamat bagi cerita perang ini adalah pepecahan dalam paling teruk dalam PKR.
Ingat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat lebih 20 ribu undi, dari jumlah keseluruhan kurang 60 ribu undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya baru-baru ini.

Azmin dapat lebih 27 ribu undi manakala Saifuddin Nasution Ismail dapat lebih sembilan ribu undi.

Manakala jika ikut jumlah undi atas kertas, Abdul Khalid pegang satu per tiga (1/3) dari ahli PKR yang aktif.

Dan kini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (tidak dipilih oleh ahli, bukan jawatan dalam perlembagaan) hendak cakap banyak mengenai Abdul Khalid.

Pagi tadi Setiausaha Politik Abdul Khalid, Mustafa Mohd Talib menghantar surat jawapan kepada permintaan PKR supaya beliau menghadiri sesi pendengaran Lembaga Displin parti itu.

Dalam surat yang dihantar itu Abdul Khalid juga meminta Lembaga Disiplin PKR menyatakan:

1) Nama ahli Lembaga Disiplin yang akan bersidang dalam sesi perbicaraan

2) Prosedur yang akan diterima pakai semasa sesi itu

3) Sama ada beliau boleh diwakili peguam

4) Sama ada beliau boleh membawa pegawai-pegawai bersama

Khalid juga kesal kerana notis surat tunjuk sebab itu mengaitkan lima perkara lain yang perlu beliau jelaskan.

SALINAN PENUH SURAT BOLEH DILIHAT DI SINI

Perkara itu adalah penstrukturan semula air Selangor, elaun baru menteri besar Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan cadangan Lebuhraya Kidex.

Khalid juga memohon perbicaraan Lembaga Disiplin terhadapnya ditangguh ke 15 Ogos kerana beliau tidak dapat memenuhi tarikh asal iaitu jam 3 petang ini atau sebelum jam 12 tengahari esok.

"Saya hanya diberikan notis yang amat singkat iaitu kurang 24 jam untuk menghadiri perbicaraan tersebut.

"Notis yang begitu singkat kepada saya adalah tidak munasabah dan tidak adil," kata Khalid dalam surat serahan tangan itu.

Sementara itu, Abdul Khalid menafikan kewujudan surat akuan bersumpah yang dikatakan meminta semua wakil rakyat termasuk Exco kerajaan negeri daripada PKR memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR untuk menjadi Menteri Besar.

Abdul Khalid menegaskan surat akuan bersumpah yang mana pihak yang menandatanganinya diminta mengesahkan tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada beliau sebagai Menteri Besar Selangor, tidak wujud sama sekali.

"Tidak apa...itu memang perkara biasa (dalam politik). Terlalu banyak surat palsu," kata beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang.

Surat akuan berkenaan dilaporkan turut meminta pendirian wakil rakyat PKR untuk memberi sokongan serta kepercayaan kepada Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana