KRISIS MB SELANGOR : ORANG KANAN ANWAR PUJI UMNO !

PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.

"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat parti.
"Mereka (ahli Umno) sangat menitikberatkan apa yang dimesyuaratkan demi kekuatan dan kelangsungan parti mereka sehingga boleh bertahan ke hari ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut masalah integriti dan disiplin yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk gagal menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Biro Politik sejak beliau menggalas jawatan menteri besar.
Saifuddin juga mendedahkan daripada 136 mesyuarat pimpinan parti itu sepanjang dua penggal PR di Selangor, hanya 42 kali sahaja Abdul Khalid mengambil bahagian dan menghadirinyA - SH
Dalam masa yang sama, kita juga tertanya-tanya, apakah 'pujian' Saifuddin Nasution PKR itu sebenarnya untuk membodek UMNO supaya tidak terus-menerus bersuara tentang pekung busuk jijik parti PKR dan Pakatan pembangkang?

Jawapan MiM mudah. Yang melondehkan pekung busuk parti PKR dan Pakatan pembangkang adalah pemimpin-pemimpin mereka sendiri, free of charge !

Atau pun, Saifuddin Nasution mahu memerangkap Khalid Ibrahim supaya memberi respons yang negatif terhadap UMNO seperti yang biasa dilakukan oleh kepimpinan Pakatan pembangkang selama ini?
Jika Khalid Ibrahim termakan jerat tersebut, maka pihak media perdana, media alternatif dan rakyat akan menyerang Khalid Ibrahim pula. Yang boleh menarik nafas lega ialah kepimpinan PKR lain yang selama ini menanggung malu yang sangat dahsyat dek sarkas perebutan jawatan MB Selangor.
Realitinya, kita semua sudah tahu bahawa rakyat sudah muak dengan politik kotor, korup, kronisme dan salahguna kuasa yang begitu teruk di dalam PKR dan Pakatan pembangkang.

Malah, pencacai-pencacai pakatan pembangkang pun sudah give up dan mengutuk pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana