Komplot Anwar Dan Kit Siang Bolot Negeri Terkaya

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Sokongan Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap pencalonan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa mempunyai agenda tersendiri bagi menguasai negeri terkaya Malaysia.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, Kit Siang melihat pencalonan Azizah di Selangor memungkinkan Pakatan Rakyat (PR) dapat menguasai dua negeri terkaya Malaysia.

Beliau yang mengulas sekeping gambar yang disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini secara sinis membuat perandaian perbincangan antara Kit Siang dan Anwar dalam misi menguasai ekonomi dua negeri perindustrian itu.

"Apa yang saya boleh baca dari gambar ini, barangkali Kit Siang telah berbisik dengan Anwar - Hey Anwar, Gua punya anak sudah jadi ketua Menteri Pulau Pinang. Sekarang lu punya bini mahu jadi menteri Besar Selangor. Ini dua-dua negeri kaya kita jaga.

"Kita jaga ini wang. Bilion punya. Kita lagi multi millionaire - Saya ingat sebab itulah Kit Siang berhempas pulas menyokong Anwar yang mahu menobatkan isterinya, Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru," katanya kepada wartawan RakyatNews, semalam.

Tambahnya, tindakan PKR menamakan Azizah juga merupakan persamaan amalan kronisme DAP yang meletakkan anak Kit Siang, Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang.

"Ada persamaan. Kit Siang letak anaknya jadi ketua menteri dan Anwar letak isterinya jadi menteri besar.

"(Datuk Seri) Hadi (PAS) tiada persamaan ini. Dia (Anwar) dan Kit Siang ini ada persamaan. Syabas dan tahniah," katanya sinis.

Azizah sementara itu semakin lantang selepas 30 ADUN Selangor membentuk perikatan meletakkan undi tidak percaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jumlah tersebut selepas mengambil kira 15 wakil DAP, 13 wakil PKR dan dua ADUN PAS yang membelakangi keputusan parti menolak pencalonan Azizah sebagai menteri besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana