KITA IMBAS KEMBALI BILA ORANG GILA KUASA...!!!

Fakta kes Rasuah & Salah guna kuasa Dato Seri Anwar Ibrahim

Pada 29 September 1998, Anwar Ibrahim telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan menghadapi lima tuduhan rasuah/salah guna kuasa dan empat tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii (meliwat).

Kedua-dua kes ini dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan dimana untuk kes pertuduhan rasuah, Mahkamah Persekutuan pada 10 Julai 2002 telah mengenepikan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul pada 14 April 1999.

Bagi kes liwat pula, panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Anwar dan Sukma untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pemandu keluarga, Azizan Abu Bakar yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000.

Merujuk kepada kes Anwar pada tahun 1998 pula, bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa seperti berikut;

i) Campur tangan dalam siasatan kes rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Setiausaha Sulit beliau (Azmin Ali) yang mempunyai harta tidak munasabah berbanding pendapatan

ii) Salah guna kuasa dengan mengarahkan pegawai polis mendapatkan pengakuan bertulis Azizan Abu Bakar bagi menafikan kejadian salah laku seks dan liwat oleh beliau

iii) Salah guna kuasa dengan mengarahkan pegawai polis mendapatkan pengakuan bertulis Ummi Hafilda bagi menafikan kejadian salah laku seks dan liwat oleh beliau

Jadi tidak hairanlah jika hari ini Anwar Ibrahim menyalah gunakan kuasanya selaku Ketua Umum PKR/Pakatan Rakyat untuk melantik isterinya Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.

Rasuah dan salah guna kuasa sudah sebati dalam diri Anwar Ibrahim dan bayangkan jika Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

Adakah ini yang rakyat Malaysia mahukan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana