Khalid Sedia Terima Hukuman Jika Bersalah

SHAH ALAM 5 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa menyatakan kesediaannya untuk dihakimi atau disemak pihak tertentu sekiranya terdapat beberapa perkara dalam pentadbirannya dilaksanakan secara tidak betul atau tidak beramanah.

Namun demikian, Abdul Khalid berkata kesemua perkara seumpama itu sepatutnya dibincangkan dengan penuh adab dan tertib kerana beliau sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Saya bersedia untuk dihakimi atau disemak...jadi pada saya itu adalah reformasi yang saya lalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini bahawa wakil rakyat Pelabuhan Klang itu terlibat dengan aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

Dalam pada itu, ketika menjawab dakwaan yang tersebar bahawa beliau telah dipecat daripada PKR semalam, Abdul Khalid tegas menafikannya malah menyatakan beliau masih anggota parti berkenaan dan tidak pernah menerima sebarang surat mengenai perkara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana