Khalid Saman Kaki Fitnah: Khalid Ada Hak Pertahan Dirinya – Penasihat Suaram

PETALING JAYA: Penasihat Suaram Kua Kia Soong mempertahankan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyaman mereka yang menuduhkan dengan tindakan salah laku, dengan berkata Khalid mempunyai hak untuk membela diri.

Beliau juga mempertahanankan tindakan peguam hak asasi manusia Edmund Bon, yang baru-baru ini berdepan kritikan oleh beberapa NGO kerana mengambil kes saman fitnah Khalid terhadap portal berita.

“Isu utama di sini, kepada semua pembela hak asasi manusia, adalah menentukan keseimbangan antara hak untuk kebebasan bersuara dan keperluan untuk melindungi reputasi seseorang.“

" Individu mempunyai hak untuk melindungi reputasi mereka terhadap ‘kecederaan’ oleh orang tertentu atau media yang disifatkan telah menjatuhkan keyakinan individu itu di dalam masyarakat atau yang telah mendedahkan individu kepada sendaaan awam atau kebencian,” jelas Kia Soong dalam kenyataannya, Selasa.

Beliau berkata Bon telah mematuhi undang-undang apabila menerima kes Khalid dan melaksanakan tugas profesionalnya dalam cara terbaik dalam pembelaan anak guamnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana