Khalid Samad Tidak Yakin Partinya Mampu Kekal Di Selangor?

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengaku PAS sangat sukar untuk kekal "hidup" di Selangor sekiranya pilihanraya negeri diadakan di negeri itu dalam masa terdekat ekoran huru-hara yang tercetus berkenaan kemelut "konspirasi peringkat tertinggi" berhubung jawatan Menteri Besar.

Khalid yang senada dengan Pengarah Publisiti DAP Selangor, Tony Pua, itu mendakwa PAS yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor dilihat mempunyai pendirian yang sama dengan UMNO.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.

"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.

Tony Pua sebelum ini mendakwa PAS akan "lenyap" dari persada politik Selangor dan tidak mungkin dapat menang di mana-mana kerusi hanya kerana parti itu bersama UMNO mempertahan Khalid serta menentang cadangan menggulingkan Menteri Besar itu.

Pemimpin DAP itu juga dikatakan mendakwa PAS sebelum ini hanya bergantung harap pada undi bukan Melayu yang diperoleh dari hasil kempen DAP sebelum ini di Selangor.

Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana