Khalid Samad Memang Kurang Ajar Mulutnya....Isu MB: Tanpa Penjelasan, Khalid Tidak Boleh Marah Pakatan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu berang terhadap Pakatan Rakyat atau pihak tertentu yang membuat kesimpulan negatif terhadap integritinya dalam mentadbir negeri itu sebaliknya tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, menteri besar Selangor itu sebaliknya perlu memberi penerangan terhadap persoalan yang dibangkitkan rakan-rakannya di Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama dalam isu 'penyelesaian hutang di luar mahkamah'.

Menurutnya, kegagalan Khalid berbuat demikian telah menyebabkan berlakunya kemelut politik di Selangor.

"Pemecatan beliau daripada PKR, pemecatan exco PKR dan DAP, kewujudan kerajaan bebas pimpinan Tan Sri Khalid dengan empat exco PAS yang terpaksa kekal dalam jawatan demi menghalang kemasukan Umno, pergeseran PAS dengan PKR dan DAP dan sebagainya berlaku kerana keengganan beliau menjawab secara tepat berhubung 'penyelesaian luar mahkamah' dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

"Dengan implikasi-implikasi yang disebut, beliau tidak boleh marah sekiranya ada yang membuat kesimpulan bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul (berlaku) dalam penyelesaian di luar mahkamah itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemelut politik yang berlaku kini boleh dielakkan jika menteri besarnya tampil dan menjawab 'tiada yang tidak betul' terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Katanya, Khalid sanggup melihat segala permasalahan ini berlaku demi menutup 'yang tidak betul'

"...walaupun ke tahap jatuhnya kerajaan Pakatan di Selangor dan pecahnya Pakatan, namun mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah tidak sekali (dilakukan Khalid)," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai kesimpulan hasil pertemuan dengan dua peguam Khalid iaitu Derek Fernandez dan Mathew Thomas Philip baru-baru ini yang tidak mendatangkan hasil apabila kisah disebalik hutang anak guamnya dengan BIMB tidak diterangkan sepenuhnya kerana tidak mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid.

Katanya, beliau tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan dalam pertemuan itu kerana Khalid dalam suratnya terdahulu berjanji akan menjelaskan segala-galanya berhubung perjanjian dengan BIMB itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana