Khalid perlu dedah punca Pakatan tolak sebagai MB

TANJONG KARANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kepada umum berhubung punca penolakan Pakatan Rakyat terhadap beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau turut menempelak jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemelut jawatan nombor satu negeri itu tidak akan memecah belahkan Pakatan Rakyat, terutama di Selangor.

"Anwar lupa, beliau ingat masih lagi ada kuasa. Beritahu Anwar, nak pilih MB tak sama macam nak pilih Presiden PKR.

"Seperti juga Anwar tawar diri nak lawan isteri dia. Selangor ada perundangan, jadi kita kena patuh. Saya percaya MB kini sudah berani seperti dalam menandatangani perjanjian air.

"Saya harap Khalid kena berani dedahkan kemungkinan dan sebab tertentu yang menyebabkan PR tidak senang dengan Khalid.

"Hadi dan Nik Aziz setuju Khalid kekal tapi kenapa PR tak nak?," soalnya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang, tengah hari tadi.

Sebelum ini Anwar dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor secara berprinsip tanpa memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR dan Presiden PAS memberikan komitmen itu dalam kenyataan bersama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kenyataan itu memberi harapan bahawa PAS dan PKR sedia bertolak ansur mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim turut senada dengan Noh yang mahu Khalid menjelaskan punca penolakan Pakatan terhadapnya.

Ini kerana tindakan Khalid berjumpa kepimpinan tertinggi PAS baru-baru ini mengundang persoalan ramai pihak, terutamanya rakyat Selangor.

"Saya mohon Khalid membuat pendedahan kepada rakyat negeri ini, apakah puncanya sehingga beliau diminta mengundurkan diri oleh ahli-ahli PR sendiri. Rakyat Selangor sedia maklum proses demokrasi telah selesai, rakyat telah memilih, namun hari ini keadaan semakin meruncing.

"Sehingga menyebabkan beliau terpaksa berjumpa Hadi dan Nik Aziz untuk meraih sokongan. Ia perlu diperjelaskan kepada rakyat," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dilaporkan menerima kunjungan Khalid, masing-masing pada pertengahan bulan lalu dan Hari Raya baru-baru ini.

Pertemuan tersebut sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa Khalid ingin mendapatkan sokongan peribadi lantaran menerima asakan secara berterusan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, untuk digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Irmohizam mahu rakyat negeri ini mengemukakan tanda tanya kelayakan Wan Azizah yang bukan seorang anak jati Selangor sehingga mahu diangkat menggantikan Khalid.

"Saya mencabar kerajaan negeri. Saya lihat krisis ini ada penyebabnya hingga berlaku kepincangan sejak PRU lalu. Rakyat semakin bosan dengan apa yang berlaku.

"Jangan jadikan derita rakyat, lebih-lebih lagi mempolemikkan krisis air dan isu-isu berkaitan dengan sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat melalui demokrasi.

"Adakah mereka ingin melihat pemimpin-pemimpin negeri datangnya bukan sebagai anak jati Selangor? Keduanya menjadikan polemik MB sebagai rebutan kuasa yang tiada kesudahan," ujarnya.

PKR mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala Hadi pula mahukan Khalid dikekalkan.

Tanpa merujuk kepada isu itu secara langsung Anwar dan Hadi bersetuju menyelesaikan perbalahan itu secara kolektif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana