Khalid pecat semua exco DAP dan PKR..... 6 ahli exco di pecat berkuat kuasa serta merta

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah memecat kesemua exco DAP dan PKR berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.
Menurut Khalid, exco-exco dari DAP dan PKR telah menandatangani satu surat undi tidak percaya terhadapnya dan juga membuat satu pakatan bagi menentang beliau.

“Tujuan mereka menandatangai surat tersebut dan membuat blok itu adalah untuk mengurangkan kecekapan exco,” katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK, hari ini.
Oleh yang demikian beliau telah meminta dan menulis surat kepada tuanku supaya memohon exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco di negeri Selangor.

“Walau bagaimanapun, saya belum menulis surat kepada Rodziah, kerana beliau berada di luar negeri,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menafikan desas desus bahawa beliau akan menyertai PAS.
“Tidak, dakwaan saya sertai PAS tidak benar,” katanya.

Selain itu Khalid turut menjelaskan bahawa perihal Tuanku tidak berkenan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadap baginda itu haruslah ditanya kepada pihak istana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana