Khalid kini dilihat sebagai 'orang tak berguna' dalam PKR

Semuanya adalah tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim... bagi mereka yang berfikir bahawa PKR parti reformasi...elok duduk dan fikir semula.
Sejak penubuhannya pada April1999, tiada sesiapapun yang survive dalam parti tersebut jika berlaga angin dengan Anwar Ibrahim. Ingat balik senagai pemimpinnya Dr Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Nor, Marina Yussof, Ruslan Kassim, Zainol Zakaria hanyalah segelintir mereka yang menjadi korban pencaturan nafsu Anwar.

Kini giliran, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat menjadi mangsa percaturan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PKR yang ingin berkuasa di negeri itu apabila digambarkan sebagai seorang pemimpin yang `tidak berguna'.

Timbalan Ketua PKR Rasah, Norizam Yasin berkata, perkara itu berbeza berbanding sebelum ini apabila nama Abdul Khalid dijaja sebagai tokoh yang berjaya dalam mentadbir Selangor sehingga pakatan pembangkang memperoleh 44 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berbanding 36 kerusi pada 2008.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku sekarang, mereka seolah-olah melihat Abdul Khalid sebagai orang yang tidak berguna dalam perjuangan parti sehingga ada pula yang ingin menjatuhkan beliau daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan,'' katanya dipetik Utusan.

Tegas Norizam, sudah tiba masanya kepimpinan PKR mengambil kira aspirasi dan kehendak rakyat Selangor sendiri dalam memilih pemimpin yang mereka sukai dan bukannya berdasarkan kehendak pemimpin parti itu.

"Apa yang saya lihat Selangor mempunyai segala-galanya dan ada di antara pemimpin PKR melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka,'' katanya.

Mengenai pemilihan PKR, Norizam melahirkan rasa dukacita apabila pemilihan yang sepatutnya bersifat kekeluargaan berubah sama sekali sehingga berlaku provokasi dan mewujudkan permusuhan dalam kalangan ahli parti sendiri.

"Provokasi juga telah mewujudkan kem-kem tertentu dalam PKR dan mereka menzahirkan perasaan masing-masing menerusi laman-laman sosial.

"Kita agak kecewa dengan keadaan dan cara pengundian untuk jawatan tertinggi parti dijalankan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dan ini tidak sewajarnya berlaku,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana