Khalid Keluar dari Istana, Bakal Umum Status Jawatan MB...Mungkin Letak Jawatan?

SHAH ALAM 26 Ogos  - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan telah beredar dari Istana Kayangan di sini sebentar tadi.

Beliau bakal ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengadakan sidang media khasberhubung status jawatan yang disandang beliau.

Khalid tiba di Istana sekitar jam 2:15 petang bagi mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Sultan Selangor menangguhkan hasrat Khalid sehingga proses perlantikan jawatan Menteri Besar selesai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana