Khalid jawab Saifuddin...cabar lapor SPRM

Hanya selang beberapa jam sahaja selepas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution 'gertak' hendak edar 50 mukasurat laporan salah laku Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Empunya badan tak tunggu lama... gayung bersambut, apabila MBSelangor itu menafikan tuduhan yang Saifuddin lakukan dan mencabar PKR untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tengah hari tadi, Saifuddin dalam sidang media di pejabat PKR, kata parti itu akan 'londeh' Abdul Khalid dengan berbagai pertuduhan yang digambarkan beliau melebihi 50 muka surat.

Tuduhan tersebut akan diedarkan kepada pemimpin pakatan pembangkang esok.

Episod ini mengingatkan kembali kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan buku tulisan Khalid Jefri 50 dalil.

Ada yang tak sabar hendak tengok apa tuduhan PKR terhadap Khalid itu untuk dibandingkan dengan buku 50 dalil.

Untuk rekod, Saifuddin merupakan salah seorang calon timbalan presiden PKR selain Khalid dan Azmin Ali. Sehingga kini tiada lagi pengumuman rasmi siapa pemenang pemilihan PKR.

Berikut kami siarkan sepenuhnya kenyataan media Abdul Khalid.

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Datuk Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam PKR untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
4 OGOS 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana