Khalid Ibrahim Sertai PAS 17 Ogos ini?

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Berita pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR petang tadi mula hangat diperkatakan sejak disiarkan di media maya.

Pelbagai spekulasi mula timbul dan diperkatakan terutama di laman media sosial dengan kemungkinan-kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh Khalid selepas pemecatan itu.

Pelbagai pendapat mula dikeluarkan dalam media sosial.

Antara persoalan yang timbul ialah samada Khalid akan mengadap Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk satu pilihanraya negeri diadakan.

Ada juga pandangan mengatakan Menteri Besar Selangor itu akan menyertai PAS.

Tidak kurang juga ura-ura mengatakan Khalid akan menyerahkan borang keahlian PAS sekaligus menyertai parti itu pada 17hb Ogos ini dan akan kekal sebagai Menteri Besar.

Krisis Khalid dan pimpinan PKR semakin meruncing dengan tersebarnya surat peguam Khalid kepada Ketua Lembaga Disiplin PKR petang tadi.

Berita pemecatan Khalid diumumkan selepas beberapa jam berita mengenai surat peguam Khalid tersebar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana