Khalid Ditinggalkan, Rodziah Pilih Pakatan Rakyat

Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.
“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.
Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand sebenar tadi.
Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.
Beliau hanya bercakap sebentar sebelum bergegas ke keretanya.
Khalid hari ini berkata, Rodziah masih dialu-alukan meneruskan khidmat dalam pentadbirannya dan beliau menunggu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkannya.
Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam siang tadi, Khalid berkata beliau masih belum menulis surat pemecatan kepada Rodziah yang berada di luar negara ketika itu.
Khalid juga berkata beliau sebelum ini telah pun bertemu dengan Rodziah tetapi tidak mahu mendedahkan butirannya.
Rodziah satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP yang belum dipecat Khalid.
Kabinetnya kini hanya berfungsi dengan dukungan empat exco PAS yang masih bertahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana