Khalid Dijangka Sertai Pas dan Bubarkan Dewan Dalam Masa Terdekat

Serangan pemimpin PKR terhadap menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada semua penjuru walaubagaimana pun Khalid tetap dengan pendirian enggan melepaskan jawatan menteri besar.

Media pro pembangkang pula membuat pelbagai analisa daripada pelbagai sumber yang fokusnya supaya Khalid berundur.

Justeru itu, tidak guna Khalid tunggu lama-lama lagi. Beliau dilihat sudah tidak bernilai kepada PKR dan dianggap lebih buruk daripada besi buruk.

Dengan tekanan, serangan demi serangan daripada PKR memungkinkan Khalid dijangka menghadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan supaya diadakan pilihan raya negeri bagi selesai kemelut sekarang.

Kebiasaannya selaku Menteri Besar, Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum mesyuarat Exco iaitu pada hari Rabu.

Itulah pilihan terbaik Khalid yang ada kerana jika beliau berundur dan memberi laluan kepada Wan Azizah sekali pun, dirinya kelak tetap akan dipandang hina sehina-hinanya oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Menurut maklumat dalaman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah meminta semua Ketua Cabang Selangorbersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan.

Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim meminta semua pemimpin PKR mengenakan pelbagai tekanan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sekali gus mempertahankan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor yang baharu.

Tindakan itu sebenarnya tidak disukai oleh banyak ketua cabang dan menyifatkannya tindakan itu demi menyelamatkan keluarga Anwar semata-mata.

Anwar juga dikatakan sedang berusaha memujuk pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor untuk mengeluarkan kenyataan sama selepas menolak cadangan MPN Selangor ‎untuk menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai calon MB.

Anwar telah 'mengorbankan' Azmin sebagai calon MB memandangkan tidak dipersetujui oleh Abdul Khalid untuk menggantikannya biarpun majoriti anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, PAS, DAP telah menyatakan persetujuan ‎dan sokongan mereka.

Cara terbaik buat Khalid adalah membubarkan dewan pada hari Rabu ini dan meminta rakyat Selangor buat keputusan memilih kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana