Kesiannya Tak Tahu Malu....Nurul Izzah Puji Ibunya,Yakin Mampu Jadi MB

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berpendapat, ibunya yang juga presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menggalas tugas sebagai menteri besar Selangor dengan baik.

Menurut Nurul Izzah, ibunya berpengalaman menguruskan parti itu ketika bapanya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara.

Malah, Wan Azizah pada masa itu juga perlu bekerjasama dengan DAP dan PAS semasa dalam Barisan Alternatif.

Oleh yang demikian, beliau yakin ibunya itu mampu menjiwai tanggungjawab sebagai seorang menteri besar.

“Ranjau paling sukar semasa ayah dipenjara dan ada enam orang anak. Dan adik paling kecil pada masa itu berusia enam tahun.

“Bayangkan ibu terpaksa memimpin sebuah parti politik dan tubuhkan Barisan Alternatif. Pada masa sama menghantar anak ke sekolah.

“Dan tentunya semua ini memberikan beliau kebolehan untuk menjiwai. Sikap menjiwai itu penting. Inilah kualiti terpenting buat saya,

“Yang harus kita ingat, dia (Wan Azizah) tidak berseorangan. Ramai wanita PKR yang bersama harungi suka, duka,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Beliau ditanya pemberita sekiranya Wan Azizah mampu menjadi menteri besar yang lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ditanya lanjut sekiranya beliau yakin Wan Azizah mampu mentadbir Selangor, Nurul Izzah berkata: “Kita tidak mempunyai banyak masa dan memenangi hati pengundi Selangor adalah kepentingan kita,”.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu seterusnya ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS menolak Wan Azizah sebagai menteri besar atas sebab jantina.

Beliau sekadar menyebut bahawa perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana parti politik.

Namun, segala keputusan berhubung jawatan tersebut telahpun ditetapkan oleh Pakatan, tegasnya.

“Tentunya dalam mana-mana organisasi, kepelbagaian (pendapat) ini normal, yang mana apa yang penting ialah keputusan mutakhir oleh yang tertinggi yang memutuskan dasar,” katanya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Nurul Izzah mempertahankan kepimpinan wanita sebagai salah satu penyumbang kepada pembentukan negara.

Dalam ucapan di kongres Wanita PKR semalam, beliau turut mempersoalkan sesetengah pihak yang menggunakan hujah agama bagi menolak wanita menjadi pemimpin.

“Kita hairan mengapa sehingga ke hari ini masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang masih anggap wanita selaku pemimpin dan ketua itu suatu yang asing dan tabu.

“Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan hujah agama bagi menghalang wanita dari terus memimpin,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana