Kerusi MB Selangor PKR Punya - Anwar...Habis Kau Boleh Buat Kau Punya Suka?

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini perlu dihormati oleh parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan harus dihormati dalam semangat pakatan pembangkang," kata beliau ketika ditanya sama ada Pas akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau yang ditemui pemberita sewaktu menghadiri perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta semalam berkata, Pas sendiri telah turut serta dalam proses membuat keputusan menamakan calon Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 17 Ogos lalu.

Kata beliau, mesyuarat tersebut dihadiri oleh Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden dan wakil Wanita serta Pemuda Pas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon Pas untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos," katanya.

Dalam pada itu, Anwar menafikan wujudnya senario nepotisme terbuka di Selangor sebaliknya menyatakan bahawa pencalonan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar adalah berdasarkan kapasitinya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di samping itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga memberitahu, Wan Azizah dicalonkan berlandaskan pencapaian cemerlangnya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan bukannya kerana beliau adalah isterinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana