Kerajaan Terengganu Mahu Bersemuka Dengan ‘Mat Rempit’

Kerajaan negeri bersedia ‘duduk semeja’ dengan golongan mat rempit bagi berbincang untuk  mengatasi  masalah perlumbaan haram yang masih berleluasa di beberapa jalan utama di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata menerusi perbincangan itu nanti, kerajaan negeri akan meneliti kehendak dan keperluan sebenar golongan itu sebelum merangka program yang dapat memberi kesan positif bagi menangani gejala itu.

“Kita sudah terima proposal mat rempit. Kita terima baru dalam seminggu inilah kita dapat. Dan selepas ini wakil mereka akan buat perjumpaan dengan saya. Kita hendak merancang untuk melaksanakan beberapa program dengan mereka.

“Nanti saya akan buat perbincangan dengan wakil-wakil mereka untuk kita mendengar apakah cadangan-cadangan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang mereka kehendaki dan satu lagi saya juga hendak mendapatkan maklum balas kenapa mereka memilih kawasan Durian Burung dan Wakaf Mempelam kerana masalahnya perkara ini tidak berlaku di tempat lain,” katanya di sidang media ketika mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, di kediaman keluarganya, di Kampung Duarian Burung, semalam.

Kira-kira 3,000 tetamu membanjiri majlis yang dimulakan pada jam 11 pagi dengan solat hajat dan tahlil kepada penduduk Gaza serta mangsa MH370 dan MH17.

Turut hadir, isteri menteri besar, To’ Puan Halina Zakaria;  Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri,  YB Ghazali Taib dan ADUN Jabi, YB Mohd Iskandar Jaafar.

Ahmad Razif berkata, gejala itu yang turut berlaku di negeri lain, bagaimanapun, tidak melibatkan jumlah yang besar golongan itu berbanding di Terengganu.

Katanya, kerajaan negeri akan mengkaji faktor dan kekuatan yang mendorong kegiatan tidak bermoral itu bagi mendapatkan maklum balas sebelum ia diatasi dengan segera.

“Jadi selepas itu kita akan aturkan bagaimana cara untuk kita hendak menyelesaikan isu ini dan saya nampak ini sebenarnya kalau kena cara kita buat boleh memberikan satu peluang sebenarnya walaupun pada hakikatnya perkara ini menyulitka,  menyusahkan tetapi kalau kena pada keadaan kita buat mungkin boleh beri satu kekuatan kepada kita. Insya- Allah kita akan berbincang dengan wakil-wakil merekalah.

“Kerajaan negeri memang sudah bersetuju untuk buat satu litar untuk mereka membuat latihan atau perlumbaan secara selamat tetapi kita dapatkan maklum balas daripada merekalah kerana saya bimbang apabila kita siap litar, tetapi masih lagi berlaku perkara yang sama, jadi masalah tidak boleh selesai. Kita nak kita buat litar biar selesai  (masalah rempit), jika tidak,  tidak bermakna kita buat litar itu,” ulas beliau lagi.

Tambah beliau, cadangan membina litar berhampiran dengan Stadium Tertutup Gong Badak dengan sejumlah  peruntukan menerusi portfolio Pengerusi Jawatankuasa  Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana