Kerajaan Selangor arah semua tempat cuci kenderaan haram ditutup

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua tempat cuci kenderaan yang beroperasi secara haram ditutup serta-merta mulai hari ini.

Premis cuci kenderaan yang berlesen pula hanya dibenarkan beroperasi enam jam sehari mulai jam 12 tengah hari hingga 6 petang. Langkah segera itu diputuskan mesyuarat exco kerajaan negeri kelmarin, dalam usaha memastikan bekalan air untuk keperluan pengguna seluruh negeri ini mampu bertahan sehingga Fenomena El-Nino berakhir.

Tindakan itu diambil kerana pengguna di Selangor dikhuatiri mengalami gangguan bekalan lebih buruk tahun depan, jika paras rizab empangan sedia ada, terus merosot menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata paras rizab bekalan di setiap empangan perlu diambil kira bagi menampung keperluan pengguna tahun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana