Kekejaman DAP dan PKR

Kemelut MB selangor menonjolkan sikap sebenar Pakatan Rakyat. Sebab itu agaknya mereka memilih untuk menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan.

Pakatan adalah satu gabungan yang amat 'loose' atau longgar. Parti masing-masing tidak terikat dengan parti lain dalam gabungan. Mereka hanya perlu bersetuju dalam hal-hal asas sahaja seperti siapa bakal menjadi MB, PM atau Calon. Dasar-dasar parti masing-masing tidak akan disentuh oleh ahli gabungan yang lain.

Mereka kononnya mengamalkan dasar 'tidak menjaga tepi kain orang lain', telus dan tidak mencampuri masalah parti lain.

DAP masih dengan fahaman komunisnya kiasu dan anti Islamnya. PAS dengan Islamnya. PKR dengan liberalisma, pluralisma dan keadilannya.

Sebab itulah agaknya mereka senang dengan perkataan PAKATAN sebagai gabungan mereka. Sejarah telah menunjukkan kepada kita, bahawa fahaman atau agama berlainan dari Islam boleh berpakat untuk berperang dengan orang Islam, walaupun mereka semasa aman berkelahi sesama sendiri.

Kerana apa? Kerana semua mereka mempunyai keinginan dan hasrat untuk menghancurkan Islam. Inilah yang menjadikan mereka bersepakatan.

Dalam kes kita di Malaysia, DAP dan PKR memang hasrat utama mereka adalah untuk menghapuskan Islam di Malaysia. Jadi mereka pun bersepakat.

Selain daripada itu mereka ingin merampas tampuk pemerintahan Islam di Malaysia. Dalam hal ini PAS juga boleh bersepakat dengan DAP dan PKR. Walaupun PAS mengatakan yang mereka ingin menegakkan Islam. Tetapi disebabkan kuasa pemerintahan, mereka bersepakat dengan musuh Islam untuk menghancurkan pemerintahan Islam walaupun mereka mengatakan yang mereka mendokong Islam.

Pelik juga dengan PAS! Kini di Selangor, kemelut MB semakin runcing. Tetapi PAS yang layak untuk memerintah Selangor tidak memilih untuk menjadi pemerintah.  Ini membuktikan yang Pakatan mereka sebenarnya hanyalah pakatan untuk bukan Islam sahaja. Parti yang memperjuangkan Islam tak boleh memegang kuasa.

Dalam hal ini PAS boleh dikatakan sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR sahaja dalam mencari kuasa memerintah. PAS ibarat keldai yang membawa pelbagai barangan ke destinasi tertentu tanpa diberitahu apa barangan atau destinasi yang dibawa atau dituju.

Dalam Pakatan ini, PAS hanyalah budak beringus yang tidak tahu apa-apa. Jika diberi makanpun hanyalah sisa-sisa lebihan sahaja. Isi dan yang sedap sudah habis disapu DAP dan PKR.

Inilah nasib PAS dari dulu kini dan mungkin selamanya. DIperbudakkan, ditunggangi dan diperbodohkan.

PAS perlu sangat-sangat muhasabah diri. Jangan melihat kepada UMNO atau orang lain. Lihat kepada diri sendiri. Apakah PAS dijalan yang betul?

Tepuk dada tanya iman!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana