Kekecewaan DAP Dengan PAS....PAS Pun Tak Hingin Dengan DAP dan PKR.

PETALING JAYA 26 Ogos - DAP Selangor menimbulkan kekecewaannya terhadap PAS yang belum membuat keputusan muktamad berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, sekiranya perkara ni berterusan DAP akan mempertimbangkan keperluan untuk meneruskan Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini,” katanya yang dipetik Malaysiakini, hari ini.

Walaubagamanpun jelasnya, masih tiada keputusan tetap mengenai perkara ini.

Pua berkata demikian bagi mengulas keputusan PAS membenarkan Sultan memilih calon sendiri untuk dijadikan menteri besar selain dari nama yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.

Kemelut menteri besar kini memperlihatkan ketga-tiga parti komponen PR ibarat 'retak menanti belah' ekoran kurangnya kesepakatan dalam memilih calon tepat.

PAS, sejak awal sebelum pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai ketua eksekutif negeri.

Setelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan Azmin sebagai pengganti, PAS sekali lagi diuji dengan perbalahan dalam parti dengan sebelah pihak menolak cadangan Hadi dan mahu Ahli Parlimen Marang itu menyokong pencalonan Azizah.

Walaubagaimanapun, segalanya mungkin terjawab selepas perjumpaan antara Khalid dan Sultan petang ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana