Kebodohan Gadis Melayu PKR Laku Aksi Ngeri Konon Sokong Gaza

Seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat, Fatin Ilani, telah merakamkan aksi lagak ngeri di atas sebuah bangunan tinggi di Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongannya kepada nasib rakyat Palestin Di Gaza.

Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Hebat gadis Melayu yang diindoktrinasi oleh PKR ini. Jika adakan perhimpunan aman sokong Gaza di Dataran Merdeka tidak bermakna apa-apa, tapi jika berdiri atas bangungan tinggi melakukan aksi merbahaya diri bersama seorang jurugambar lelaki adalah satu perjuangan.

Lakukan aksi ngeri ini seperti merupakan satu kerja sia-sia yang tentu tidak selari dengan tuntutan agama. Jika berani sangat mahu menggadai nyawa demi Palestin, elok terus ke Gaza menjadi sukarelawan atau pejuang. Malah jika dilihat dari jumlah gambar yang diambil pun hanya ada dua sahaja menunjukkan sokongan kepada GAZA. Selebihnya adalah aksi tunjuk “comel” sahaja bagi mencari populariti.

Jangan kerana mahu menjadi ikon politik PKR, maka nilai agama Islam, adab dan budaya Melayu dicampak ke tepi.Menurut Rotikaya.com, Fatin Ilani bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana