Jawatan Menteri Besar: Sultan Selangor arah Khalid tunggu hingga baginda pulang 27 Ogos

Nampaknya panjang lagi cerita.Kalau nak tahu mengenai kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor selepas Datuk Seri Wan Azizah Ismail menghimpunkan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokongnya kena tunggu selepas 27 Ogos ini.

Ini kerana Sultan Selangor telah mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga Baginda kembali dari luar negara pada 27 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan Jumaat malam Menteri Besar itu memberitahu beliau telah berhubung dengan Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

" DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda,"katanya.
Khalid juga memberitahu Sultan Selangor telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika beliau menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014.

"Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan,"katanya.

Ini dipercayai merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bahawa Khalid telah menipu Sultan Selangor berhubung sokongan kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Difahamkan waktu itu beliau mendapat sokongan penuh 15 Ahli Dewan Undangan negeri parti PAS.

Keadaan berubah bila Khamis dua dari mereka Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) belot dan langgar arahan PAS.Kedua mereka hadir menyatakan sokongan kepada Wan Azizah dalam himpunannya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dan PKR di sebuah hotel di Subang Jaya.

Khalid kini kehilangan majoriti.Beliau ada 26 saja termasuki dirinya,13 Ahli Dewan Undangan Negeri PAS dan 12 UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana