Jangan 'Pilih Bulu' Apabila Melibatkan Sensitiviti Kaum

SHAH ALAM 4 Ogos - Pihak berkuasa terutamanya Peguam Negara didesak supaya tidak memilih bulu dalam menjalankan tugas dan perlu bertanggungjawab sebagai badan berkuasa khusunya apabila melibatkan isu sensitif masyarakat majmuk.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal berkata, tindakan undang-undang yang dikenakan hanya kepada sesetengah pihak mengikut warna kulit sewajarnya tidak berlaku.

"Kami menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan yang cepat dan wajar supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain. Kes Kiki (CDM25) misalnya, tiada laporan polis dibuat bahkan sudah meminta maaf tetapi tetap dikenakan tindakan."
 alt
"Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman dan menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan. Justeru itu kita minta Kelvin Yip juga dikenakan tindakan dan bukan sekadar meminta maaf. Jangan ada 'double standard' (pilih kasih),"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap seorang lelaki dalam akaun Facebook bernama Kelvin Yip yang menghina orang Melayu dan Islam di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.
Hadir sama wakil daripada Pemuda UMNO Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Martabat Jalinan Muhibah (MJMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim (IRIMM).

Dalam masa sama Pemuda UMNO Selangor turut menggesa pihak Peguam Negara supaya memberi penjelasan kepada kes-kes tertangguh yang melibatkan sensitiviti bangsa dan agama.

"Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah sampai masanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana