Isu MB Selangor...Guan Eng cuba belit

Ketika ini semakin jelas bahawa DAP dan PKR mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secepat mungkin. Dalam sidang media Jumaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari menyatakan sokongan parti itu kepada calon wanita menjadi menteri besar Selangor yang baru.
Tapi apa yang peliknya, Guan Eng tidak pulak ulas mengenai sebab utara ramai penyokong pembangkang tak berkenan dengan pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail... atas berbagai isu, soal merit, soal ketidakcekapan, bukan anak Selangor dan paling penting isu nepotisme.

Sebagai pakar spin pembangkang, Lim Guan Eng nampaknya cuba menyerat semua parti-parti politik supaya mengalihkan fokus dari soal-soal yang dibangkitkan itu, kepada hanya satu soal... iaitu apakah wanita layak jadi MB.

Setelah berminggu-minggu berdiam diri mengenai perkara ini, Lim memberitahu pemberita supaya tidak terganggu oleh isu-isu lain tetapi memberi tumpuan kepada sama ada Wan Azizah layak menjadi menteri besar.

Lim berkata semua ketua parti, termasuklah pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, patut menyatakan pendiriannya supaya menyokong kepelbagaian dan keterangkuman.

"Saya katakan ini sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP. Kami mahu kenyataan ini datang dari semua pemimpin," katanya.

"Gambaran yang diberikan sekarang ialah Wan Azizah tidak kelayakan kerana beliau adalah seorang wanita."

Lim mengulangi bahawa rakyat tidak sepatutnya terganggu dengan isu-isu lain yang menjadi penghalang kepada cadangan PKR untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Komen tertentu telah dibuat dan dijawab oleh pemimpin lain," katanya.

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau hanya akan mengulas kenyataan yang dibuat oleh presiden PKR itu atau Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kapasitinya sebagai setiausaha agung atau pemimpin DAP.

Lim berkata, perkara utama untuk ditangani ialah sama ada boleh menerima Wan Azizah sebagai MB kerana beliau seorang wanita.

Ini, katanya, adalah sesuatu yang amat penting yang dibangkitkan oleh Anwar.

"Adakah kita akan menolak pencalonan beliau hanya kerana beliau seorang wanita?" soalnya.

Ketika sidang media di Pulau Pinang itu, Guan Eng langsung tidak menyentuh mengenai isu nepotisme yang dibangkitkan berbagai pihak. Bukan soal lelaki atau wanita, bagaimana sebuah parti, yang dipimpin secara de facto oleh Anwar, menyingkirkan ahli sendiri, untuk melantik isteri menjadi MB.

Ia merupakan satu persoalan besar? apakah berlaku salah guna kuasa... apa sebab Abdul Khalid mahu disingkirkan... apakah kerana mahu memudahkan ahli keluarga meluluskan projek-projek tertentu?

Itulah kebimbangan ramai... semua akui Wan Azizah seorang wanita yang baik, namun seperti tweet yang tersebar meluas di media sosial, "Jika kriteria MB adalah wabita baik, mak saya juga wanita baik..." itu luahan seorang pengguna twitter.

Keputusan untuk menjadikan Wan Azizah menteri besar ditentang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Khalid sepatutnya kekal dalam jawatannya untuk mengelak mengkhianati rakyat.

Pandangannya juga dikongsi pemimpin rohaniah PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kenyataan Hadi yang menentang persetujuan ramai sampai ke parti-parti Pakatan Rakyat dan menggoncangkan gabungan tersebut.

Ahad lepas Lim memberi amaran perpecahan dalam gabungan itu mungkin berlaku jika parti komponennya tidak mengendahkan persetujuan yang dicapai semua pihak.

Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat tahap tinggi pada 10 Ogos untuk membincangkan isu yang menggugat gabungan tersebut, namun Lim berkata mesyuarat tersebut bukan untuk membincangkan perpecahan, sekadar isu yang perlu diselesaikan PAS dan DAP.

"Mesyuarat ini bukan tentang gabungan ini berpecah," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana