Isu MB Selangor merebak...sana gaduh...sini gaduh

Bukan sesuatu yang luar biasa PAS bertekak dengan DAP dalam beberapa isu.

Namun gara-gara isu jawatan Menteri Besar Selangor nampaknya sudah jadi sensitif lain macam.

DAP memang tidak sorok sokongan pada PKR untuk singkir Tan Sri Khalid Ibrahim dan diganti dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Sabtu,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kata beliau akan teruskan langkah saman Ahli Parlimen PAS Temerloh kerana pertikaikan soal projek pembinaan terowong bawah laut dari pulau ke Butterworth.

Ini setelah Nasrudin yang juga bekas Ketua Pemuda PAS persoalkan mengapa memekak pasal projek pembinaan Lebuhraya Kidex oleh kerajaan persekutuan di Selangor sedangkan tidak pada projek terowong mega itu.Khalid telah beri ' lampu hijau' pada projek Kidex kerana melihat ia penting untuk lalulintas.

Namun kalangan penduduk dikawasan yang terlibat dengan projek membantah.Pakatan Rakyat bimbang ia akan hilangan sokongan pengundi khususnya kaum Cina jika projek diteruskan.Nasrudin  juga dakwa projek terowong bawah laut itu dianugerahkan tidak menerusi proses tender terbuka.Guan Eng 'angin' betul pada Nasrudin yang bukan saja tidak mahu mohon maaf setelah diberi tempoh 24 jam ,malah balon beliau lagi."Peguam saya akan teruskan tindakan undang-undang kerana memfitnah saya dan kerajaan negeri,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana